apa yg dilihat

"masalah umat hari ini.. 

bila bersama, bercakaran.. 
semua hendak menang tiada seri.. 
yg muda, mahupun yg tua takkan mengalah walaupun sekali.. 
ego menjadi pegangan diri..
fitnah,tohmahan mahupun cercaan benteng diri…
ilmu dan kebijaksanaan dipandang sepi, kuasa dan nama dirai…
sehingga hikmah kebersamaan itu ditolak tepi..
pentingkan diri, menyepi tanpa solusi..
ayuh refleksi diri..

sebelum kita bertemu Ilahi…”

-wardah_asrar


aku

mencari yg hilang 
di antara helaian2 
bilakan bertemu 
mungkin ditengah
mungkin di penghujung
putus asa tidak akan sekali
teruskan menyelak helaian2 itu..

-wardah_asrar


mengapa?

mengapa membenci jika boleh menyayangi?
atau sudah terhapus benih kasih sayang dalam diri?

mengapa membenci jika boleh dimaafi?
atau sudah pudar belas kasih dalam diri kerana dendam yg menjadi duri?

mengapa membenci jika boleh dilupakan kekhilafan diri?
atau sudah hilang pertimbangan kerana akal diracuni?

mengapa membenci?
mengapa menyakiti?
mengapa meracuni?
pada yg kabur dilihat tetapi jelas didengar?
atau mungkin,
hanya benci itu yg tinggal utk dikutip dan disemai dalam diri….

-wardah_asrar


she acts like summer

and walks like rain

her whisper’s command a desert wind

when she cry, snow falls out of nowhere

she sit on the ground looking at the sky

searching for the sun ray

hoping for a rainbow

so she stay.

may the soft breeze calm her

may the fragrance of the flowers pleased her

may the leaves that falls touched her

so,

the piece that broke can be pasted

the tears that falls will not be wasted

for her,

one last words,

just for ALLAH we grant our praises

for the route that He made

which opened our eyes

brighten our mind

only,

through His wills..

(16march2011)
wardah_asrar


acap kali

Bila menang disangka terbaik
Bila kalah dunia terbalik

Bila menangis biasa merengek
Bila ketawa disangka kerek

Bila kaya ditabik
Bila miskin di ejek

Bila susah teriak
Bila senang riak

Bila hidup jauh dr Ar-Razzaq
Bila nk mati baru tersesak…..

-wardah_asrar-


Bila menang disangka terbaik
Bila kalah dunia terbalik

Bila menangis biasa merengek
Bila ketawa disangka kerek

Bila kaya ditabik
Bila miskin di ejek

Bila susah teriak
Bila senang riak

Bila hidup jauh dr Ar-Razzaq
Bila nk mati baru tersesak…..

-wardah_asrar-


Jika tali terlalu tegang, maka itu tandanya akn putus..
Jika malam terlalu pekat, maka kegelapan itu akn pergi..
Jika urusan terasa semakin susah, itu ertinya kelapangan segera datang..
Tidak mungkin satu kesusahan mengalahkan dua kemudahan… - Dr.’Aidh


Tangisan Sepi

 

dalam diam kau berlari meninggalkan

dalam diam kau bersembunyi menghindari

dalam diam kau menangis meratapi

namun..

walau diam jejakmu dituruti

walau diam kesanmu dihampiri

walau diam esakmu didengari…

jangan bimbang..

karna kamu tidak bersendiri

masih ada yang menemani

biar satu dunia mengkhianati…

PALESTIN

tiba masa suatu hari nanti

tatkala dunia menjauhi kemenangan bakal dirai

itu janji yg pasti…..

-wardah_asrar

nukilan khas sokongan buat #champak4ghaza